Thursday 23 May 2013

Barang keperluan ke universiti...

Assalamualaikum..


Memandangkan tak lama lagi para batch 95 akan melanjutkan pelajaran di
univeriti-universiti tempatan mahupun luar negara, jadi mesti sekarang ni ramai yang tengah berpusu-pusu mempacking bag untuk masuk U kan? Haaa same goes to me.. :)

Mungkin kalau yang dah senior2 atau yang memang dah lama duduk U ni mungkin tak risau lah pasal packing2 bag ni kan. Semua dah pro dah barang apa yang kena bawa. Tapi orang yang first time nak masuk U ni of course hidup diaorang mesti jadi  paranoid sebab takut tak cukup barang. Lagi-lagi orang macam aku ni yang langsung tak pernah masuk asrama since sekolah menengah.. *haaaa cuak wei!

Jadi, aku ada listkan barang-barang keperluan yang perlu dibawa ke U nanti. Dan aku harap list ni membantu korang jugak lah ye.. Oh ya, list ni untuk para gadis sahaja. Sebab tu lah listnyer panjang.. Heeee.. :)


----> Pakaian

Baju kurung
Seluar jeans / slack
Kain batik
Baju dan seluar sukan
Kameja / blaus (terpulang pada korang)
Baju basahan / pyjamas
Tudung / selendang
Sweater / cardigan
Telekung / sejadah


----> Mandian

Shower basket
Baldi (sukati nak besar ke kecik)
Selipar tandas
Sabun baju (apa-apa je lah jenama yang korang suka)
Tuala mandi
Syampoo & conditioner
Berus gigi / ubat gigi
Shower / facial foam
Pad
Deodorant
Sikat
Bedak / perfume / lotion


----> Kakian

Sandal
Kasut sukan
Kasut kuliah
Kasut jalan-jalan (high heels / wedges / sneakers etc.


----> Bilik

Cadar & sarung bantal
Hanger (penting! lagi banyak lagi bagus)
Selimut
Iron (penting juga! kalau malas nak pinjam)
Al-Quran / Yaasin / Al-Mathurat
Penyepit baju (takut nanti kain baju hang terbang dari ampaian)


----> Alat tulis

Pen (pelbagai warna)
Kertas kajang A4
Buku nota kecil (yang boleh dibawa ke mana-mana)


----> Sahabat yang takkan dilupakan

Laptop
Handphone (bawa charger jugak ye..)
Earphone / mp3
Pendrive
Broadband (takut nanti tak dek wi-fi)
Tab / ipad etc.


----> Dokumen penting

Segala borang yang perlu dibawa semasa mendaftar
IC / Sijil beranak dll
Bank card
Gambar passport


----> Lain-lain

Ubat-ubatan (sebagai persediaan. takut nanti homesick / demam pulak)
Stokin
Bakul sampah (untuk letak dalam bilik. tapi janganlah bakul yang besaq tu -,-)
Makanan ringan
Botol air (bawak banyak-banyak!)
Jam loceng (bagi yang susah giler nak bangun.... macam aku)
Sudu / garfu
Mug
Karpet depan tandas (yang biasa orang lap kaki after keluar tandas. idk apa nama dia)
Cermin (yeaahh! bagi siapa yang suka sangat tengok cermin.... macam aku)
Torchlight (takut nanti tetiba blackout / lampu terbakar)


And okaayy itu sahaja barang-barang yang perlu dibawa. Ceh, cakap macam pernah duduk hostel je. haha. Aku harap list tu sedikit sebanyak membantu kita yang tidak pernah ada pengalaman duduk hostel / masuk U ni.. Anyway, ada barang yang tak payah bawak pun tak pa, tapi kalau korang nak bawak juga, up to you laa.. :)

InsyaAllah, 5 June ni aku akan mendaftar masuk U. Doakan semuanya selamat. Dan aku doakan semua kawan-kawan aku atau semua batch 95 yang nak masuk U or f6, semuanya berjalan dengan lancar. Semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat! InsyaAllah.. :)