"Tamatlah zaman persekolahan, ku masih dihantui memori" - Muda by Hujan band
Aku duduk seorang diri di bilik sambil merenung masa depan aku.. Tetiba, tanpa diingini dan dikehendaki, aku teringat akan kawan-kawan aku yang ceria, happy and always ada untuk aku.. Mereka ialah kawan-kawan f5 SM Seri Setia ABIM tahun 2012..
Ye, sudah 5 tahun kami berkawan. Dan ada juga diantara mereka yang sudah bersama atau bersahabat dengan aku selama 11 tahun. Semua memori indah terselit di dalam ingatan. Suka, duka, pahit, manis, semuanya diingati.
Apa agaknya khabar mereka ya? Sangat sedih untuk berpisah dengan kawan yang memang dah lama bersama dengan kita. 5 dan 11 tahun bukan angka yang sekejap. 'Berpisah' 1 tahun, bulan, jam, minit ataupun saat adalah satu yang sangat lama bagi aku.. (okay yg satu saat tu sangat hiperbola)
Disebabkan aku sangat merindui mereka dan tidak berpeluang untuk menemui mereka kerana masing-masing sangat busy dengan agenda tersendiri, seperti mengapply u, mengambil lesen kereta dan sebagainya, aku pun bukalah dan tatap segala gambar kenangan kami bersama.
Saat indah kembali menyerang. Tanpa disedari, air mata bercucuran jatuh di pipi ku yang gebu (erk!). Arghhh!!! Rinduuu!!
----> Break fast (1/8/2012)
----> Rehearsal for graduation (10/12/2012)
----> Graduation (12/12/2012)
"Alangkah indahnya dunia, bila kita semua akan bersama selamanya"



No comments:
Post a Comment