Tuesday, 2 April 2013

My first interview..

Assalamualaikum..

Hye semua! Sihat? Kepada sesiapa yang tak sihat tu, pergilah makan ubat ke, jumpa doktor ke atau kalau tak baik2 lagi, ucapkanlah syukur kepada Allah sebab hapuskan dosa2 kecil korang.. Ceh ayat!

Actually, aku baru balik dari diinterview oleh Encik Sapie dari kuis ni haa.. So, hari ni aku nak cerita lah apa jadi kat aku sepanjang proses interview dijalankan.. Seumur hidup aku, aku x pernah lagi diinterview mana2 pihak.. Jadi nilah yang pertama dan aku langsung tak prepare apa2 pun.. Aku just datang bawak fail, ic and slip SPM je..

Sebelum pergi tu ada jugak mak ngan abah suruh prepare.. Tapi aku malaslah nak buat script2 bagai semua ni.. Almaklumlah, aku kan jenis yang suka spontan2.. Orang tanya, aku terus jawab. Malas nak fikir panjang. Disebabkan kemalasan aku ni, maka sesuatu telah berlaku semasa diinterview.. haha.. jeng jeng jeng... (huh, x payah nak jeng jeng jeng sangatlah kan)

Pendek cerita, aku nyer interview sangat main2.. Macam bukan interview je aku rasa. Asyik gelak je ngan ustaz tu.. Bukan sebab ustaz tu kelakar, tapi sebab perangai aku yang x suka akan keseriusan ni, so aku pun jadilah diri aku yang giler2 tuh.. (giler2 time interview? kau hadoo?)

Antara soalan yang ustaz tu tanya adalah..

---> Air ada berapa jenis?

Aku agak pelik jugak bila ditanya soalan ni.. Blurr sekejap.. Air? Ustaz nak air apa? Ada air milo, nescafe, teh o ais, barli and macam2 lagi.. Ustaz nak mana? haha.. Tapi x deklah aku cakap macam ni ngan ustaz tuh.. Giler kau memang minta penampar lah kan.. Pastu tetiba pulak aku dapat ilham jawapan yang sebenar.. Laaaa, air tu kaa? Senang je.. Air ada 4 jenis.. Air mutlak. air musta'mal, air musyammas and air mutanajjis. Ceh, cakap kat sini macam poyo je.. Tapi time interview dapat jawab satu je, air mutlak.. haha teruk! 


---> Siapa menteri pelajaran?

Aduhai, awat tanya soalan ni pulak.. Perghh aku memang fail bab2 macam ni.. Aku ingat satu nama je waktu tuh, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Aku nak cakap nama tuh tapi tak terkeluar pulak, takut salah.. hihi.. Tapi tak sangka pulak jawapan tu betol. Adoyai, nak jadi cikgu tapi nama menteri pelajaran pun x lepas! Sampai mak pun cakap "Apalah menteri pelajaran pun x tahu.. tu laaa, mengadap laptop je.. " huhu..  k dah kena marah.. :(


----> Perkenalkan diri dalam bahasa arab..

Aduh, ni yang lemah ni.. Err, ismi Riza Afiqah binti Baharin.. Aaaa, umur apa eh? Ermm aaa err aaa tak tahu nak cakap apa dah. So, bila mmg dah blurr giler, ayat last sekali aku cakap "ana uhibu ummi wa abi" haha tergelak ustaz tu. Again, fail!


----> Last soalan, ada apa2 soalan yang nak tanya saya?

First aku cakap tak dek, pastu tetiba pulak dengan selambanya aku tanya "err, rasa-rasa nyer saya lulus tak interview ni??" hahaa.. Sangat selamba aku dengan ustaz tu kan? Gila ah aku, berani mati ni.. Then, ustaz tu cakaplah "ermm, susah sikit ni, soalan banyak x dapat jawab." haha hamik kau! aku pun jawablah "oh okay, faham.." Baru hang tahu menyesal.. hihi (x menyesal sangat pun sebab happening lah..)

Ada banyak lagi soalan sebenarnya, tapi mana boleh bagitahu nanti soalan bocor lah..

Lepas dah habis diinterview yang macam x diinterview tu, abah pun tanya macam mana? Aku cakap je lah, okay je.. Then abah kata, "pelik gak interview boleh gelak2.." haha.. aku pun senyum je lah.. :p

Pastu tetiba pulak perut ni rasa lapaq.. So, aku pun mintaklah abah berhenti kat Secret Recipe.. Hurrmm sedap! Aku order prawn macaroni with cheese. My favourite!

brother zik (ceh, nama nak glamour je)


Kepada anda yang nak interview tuh, jangan main2 macam aku tau.. Nak gelak2 boleh tapi janganlah sampai mengfade up kan penginterview kita tuh.. hahaa..

Papepon, chaiyok kepada anda! :)


No comments:

Post a Comment