Saturday, 6 April 2013

Why i don't have a boyfriend?

Assalamualaikum..


Aku ada tweet kat twitter beberapa perkara tentang cinta/couple/yang sewaktu dengannya. Dan disebabkan itu ramai yang mengeluarkan pendapat dan kebanyakannya mengatakan yang couple ni best. Ya, idc apa korang rasa sebab semua orang ada pendapat masing2 kan.

Ada jugak yang menyempatkan diri bertanya aku dah ada yang punya ke belum. Dan bila aku jawab belum, banyak pulaklah bunyi yang keluar..

"Hey, you don't have a boyfriend? Stop talking nonsense k."
"Eleh, ye laa tu.."
"Alaaa, bagitahu je lah sape.."

I still don't know kenapa mereka cakap sebegitu rupa. Pelik sangatkah jika diri ini masih tidak mempunyai seseorang yang bergelar boyfriend? Setahu aku kawan2 aku pun still ada yang membujang. Bila difikirkan kembali, mungkin mereka telah dihasuti oleh gosip2 yang diwujudkan di sekolah dahulu kot? Hurmm, ada kemungkinan.

Korang, i'm not that type of girl who is desperate looking for a boyfriend. I'm happy being single. Oh yeah, memang lah sometimes tu aku rasa macam "Wah! alangkah indahnya dunia kalau aku dapat spend time kan masa berdua dengan pak we aku." "Ahh, sweetnyer couple tu." Fikiran ni selalu mai lagi-lagi lepas habis tengok cerita Korea atau cerita-cerita cinta yang lain.

Aku still manusia biasa yang dahagakan kasih sayang seseorang yang bergelar kekasih (ceh ayat!) tapi aku lagi dahagakan kasih sayang daripada seorang suami. (ceh gatal!)

Jadi, memandangkan aku dah tak tahan ditanyakan soalan yang sama berulang kali, di sini ingin ku menyatakan antara kenapa aku masih tiada boyfriend. apatah lagi suami. oit! macam mana aku nak ada suami kalau tak dak boyfriend lagi. (atau mungkin tak dak sapa masuk minang?)


1) Belum masanya lagi.

Ya, aku masih terlalu muda untuk bercinta. Ketika menulis entry ini, aku berusia 18 tahun. Walaupun sudah berusia 18 tahun, tapi perangaiku sejujurnya tidak menggambarkan seorang gadis yang berusia 18 tahun. Dan bila ada orang yang lebih muda dari aku seperti 17,16,15 dan ke bawah sudah berpunya, mungkin mereka sudah boleh menerima seseorang dalam hidup mereka dan mungkin mereka sudah cukup matang dalam memikirkan soal percintaan ini...... kot? I don't know.

Aku nak menerima seseorang dalam hidup aku sangat susah apatah lagi meletakkan mereka dalam salah satu list yang terpenting/teristimewa dalam hati aku. Nak kata memilih sangat, dak aih. Mana ada memilih, cuma adalah sikit2 listnya tuh. hihi. sikit ja tak banyak mana pun.


2) Pelajaran itu penting.

Aku tak nak disebabkan aku bercinta, pelajaran aku merosot. Ni adalah based on my experience. Aku pernah jugak bercinta monyet time form 3 tak silap. Disebabkan bercinta, aku tak focus pada pelajaran dan pada cikgu yang sedang mengajar. Mata asyik nak pandang si dia je. (macam ilmu semua dapat masuk sekelip mata bila tengok muka dia) Terserlah kebodohannya di situ.


3) Penat/membazir

Sangat penat untuk melayan setiap text yang dihantar. Memanglah rasa diri ini dihargai dan diambil berat bila si dia selalu hantar mesej "morning!" "dah makan belum?" "buat pa tu?" "kerja dah siap?" "awak tak sihat ke? kenapa tak jaga diri elok2?" Kadang2 mak pun tak pernah amik berat pasal kita macam ni (pasai mak amik berat perkara yang besar2 bukannya remeh temeh macam ni).

Jadi, bila dapat mesej macam tuh, rasa gembira yang teramat sangat. Rasa macam dunia ni aku ngan si dia je yang punya. Dan kita pun berbalas-balas sms.. balas balas balas balas balas balas dan balas sehinggakan tiba2 tanpa disedari, kredit kita dah habis. Padahal baru 2 minit lepas top up. See? Sangat membaziaq.


4) Muhasabah diri

Aku muhasabah diri aku balik. Fikir sejenak. Setiap perkataan 'I love you' yang si dia hantar pada aku tu adakah dia betul2 maksudkannya? atau sekadar memaniskan mulut sahaja? Seorang ustazku pernah berkata

"Apalah sangat sms 'I love you' atau 'I miss you' yang dia hantar kat kita tuh? Cuba fikir, entah berapa ramai orang dia send sms dia tuh? Kita tak tahu, entah2 bila dia balas mesej kita, then dia forwardkan balik sms tu and send kepada awek2 dia yang lain. Tak mustahil perkara ni akan berlaku."


5) Berdosaaa

Ya, ni memang tak boleh disangkal lagi. Memang semua orang tahu bahawasanya couple itu haram. Kalau tak tahu, hang bukaklah article2 dari iluvislam atau akuislam atau dekat twitter pun dah banyak sekarang yang berdakwah dan bercerita tentang isu ini. Alhamdulillah. Cuma korang kena bukak hati tu je lah untuk menerima kebenaran bahawasanya couple itu haram. :)

To those yang tak tahu couple yang dibenarkan tu macam mana, ini adalah apa yang ustaz aku cakap :

"Yang dibolehkan adalah yang ikut syariat, ada matlamat untuk bina rumahtangga dan nampak kesungguhan melalui perbuatan."

Jadi, kalau yang tak ikut syariah, tak dek matlamat untuk bina rumahtangga, hentikanlah..




So geng, aku harap tak dek lagilah yang bertanyakan kenapa aku still tiada boyfriend ye.. :)

No comments:

Post a Comment